Jauhi kawasan pantai, patuhi bendera merah

Nazili (kanan) semasa membuat tinjauan di kawasan pesisir Pantai Sabak, di sini.
Nazili (kanan) semasa membuat tinjauan di kawasan pesisir Pantai Sabak, di sini.
A
A
A

KOTA BHARU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan mahu orang ramai mematuhi petanda amaran iaitu bendera merah yang diletakkan di kawasan pesisir pantai terutamanya di musim tengkujuh kini.

Pengarahnya, Nazili Mahmood berkata, bendera tersebut amat penting untuk memberi peringatan kepada masyarakat tentang bahaya yang mungkin berlaku di kawasan itu.

“Kita telah buat tinjauan di sekitar pesisir pantai bermula dari Pengkalan Kubor hingga ke Pasir Puteh berdasarkan ramalan yang dibuat Jabatan Meteorologi mengenai ribut Siklon.

“Selain itu, kita juga siapkan anggota di beberapa kawasan strategik untuk bersedia jika berlaku sesuatu yang tidak diingini. Semuanya bersedia dan sentiasa peka dengan keadaan semasa.

“Apa yang penting, orang ramai perlu sentiasa berwaspada dan hentikan aktiviti pantai di kawasan-kawasan yang diletakkan bendera tersebut,” katanya kepada media di sini.

Beliau berkata demikian selepas membuat tinjauan di kawasan pesisir Pantai Sabak di sini. Nazili turut meluangkan masa melihat persiapan yang dilakukan sebuah kilang memproses keropok kering yang diusahakan oleh Hassan Che Ahmad.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!