Laporan penyelewengan RM1.5 juta mengandungi butiran kesilapan: SPRM

SPRM
SPRM
A
A
A

PUTRAJAYA - Laporan sebuah akhbar tempatan berhubung siasatan terhadap seorang ketua pengarah yang disyaki melakukan penyelewengan dan salah guna kuasa membabitkan nilai mencecah RM1.5 juta adalah mengandungi kesilapan yang serius.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataannya berkata, pihaknya memandang berat terhadap laporan berita yang hanya merujuk kepada sumber tidak dinamakan.

"Laporan sebegini akan memberi kesan negatif kepada siasatan SPRM sekali gus adalah tidak adil kepada sesiapa yang disiasat kerana ianya akan melanggar prinsip sangkaan tidak bersalah," katanya.

Menurutnya, suruhanjaya itu hanya akan mendedahkan maklumat yang patut kepada awam apabila siasatan telah lengkap.

"Kami sama sekali tidak menggalakkan penerbitan maklumat yang tidak disahkan ketika siasatan sedang dilakukan," katanya.

Hari ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan individu tersebut dikatakan melakukan perbuatan itu ketika berkhidmat di tiga agensi berasingan sejak 2004 hingga tahun lalu.

Ia termasuk di agensi penguatkuasaan yang diterajuinya pada masa ini.

Menurut sumber yang tidak dinamakan itu, individu terbabit telah dipanggil dua kali oleh SPRM untuk dirakamkan percakapan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!