Tiga bangkai gajah mati lemas dikutip, ditanam
BANGKOK - Pihak berkuasa Thailand berjaya mengutip bangkai tiga daripada 11 gajah liar yang mati akibat jatuh tergelincir ke dalam Air Terjun Haew Narok di Taman Negara Khao Yai di bahagian tengah Thailand.
Satu upacara sederhana diadakan sebelum gajah itu ditanam. Sebelum itu bangkai itu telah disteril.
Ketua operasi Wichai Pornleesaengsuwan dalam satu kenyataan berkata, hujan lebat dan lereng bukit yang sukar menjejaskan operasi mengutip bangkai gajah itu.
Wichai yang juga pengarah Pejabat Kawasan Perlindungan Prachinburi berkata, “Langkah-langkah akan diambil bagi mengelakkan gajah itu daripada terjatuh lagi ke dalam air terjun pada masa depan,” katanya.
Pada 5 Oktober lalu 11 ekor gajah termasuk anak haiwan itu berumur tiga tahun mati setelah jatuh tergelincir ke dalam air terjun tersebut.
Dalam kejadian itu renjer hutan berjaya menyelamatkan dua gajah liar itu iaitu seekor ibu dan seekor anak yang masih kecil. - Bernama
ARTIKEL BERKAITAN: Lima lagi gajah mati lemas di Thailand
Enam gajah mati lemas tergelincir di air terjun
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!