Tular rakaman CCTV pekerja Foodpanda ragut, seret wanita
KUALA LUMPUR - Satu rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang individu yang dipercayai pekerja Foodpanda meragut seorang wanita di Dataran Merdeka tular di laman sosial.
Lebih mengerikan apabila wanita yang diragut itu diseret kira-kira 100 meter sebelum melepaskan beg tangannya kepada peragut tersebut.
Video berdurasi 20 saat itu dimuat naik pemilik akaun Twitter menggunakan nama @izskyline dengan status "Budak Foodpanda mana yang buat kerja ragut makcik tua ni? @foodpanda_my,"katanya.
Status tersebut kini tular di Twitter yang telah meraih 42,000 tontonan di samping turut tular di laman Facebook yang mendapat pelbagai tanda reaksi dan komen daripada pengendali Facebook.
Tulis Jangkar Melilit "Gara-gara satu orang, buruk nama Syarikat Food Panda, kesian sama orang yang betul betul kerja keras cari rezeki dalam syarikat ini. Semoga Food Panda boleh cari orang yang boleh rasakan nama syarikat ini."
"Kesian perempuan yang tidak bermaya menjadi mangsa ragut..harap individu tersebut di bawa ke muka pengadilan supaya tiada lagi mangsa lain yang kena dan diharap Food Panda juga menyiasat adakah betul itu pekerja mereka," kata Rahman Bakar di Facebook.
Video Rider Food Panda ragut wanita
Budak Food Panda mana yang buat kerja ragut makcik tua ni? @foodpanda_mypic.twitter.com/XRZYIPmltj
— Izz (@izskyline) October 11, 2019
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!