Kaka Azraff kongsi penyakit suami

Kaka Azraff. - Foto: Instagram Kaka Azraff
Kaka Azraff. - Foto: Instagram Kaka Azraff
A
A
A

SELEPAS selamat mendirikan rumah tangga Disember lalu, penyanyi Kaka Azraff mengakui semakin menyesuaikan diri dengan kehidupan barunya sebagai seorang isteri.

Terbaru, Kaka menerusi laporan sebuah akhbar mendedahkan suaminya, Adam Ariff mengidap menghidap gangguan kecelaruan bipolar dan Obsesif Kompulsif (OCD) yang memerlukan sokongan daripadanya.

Menurutnya, dia telah tahu tentang perkara berkenaan sebelum berkahwin lagi dan kini mengambil tanggungjawab tersebut untuk membantu dan memberikan sepenuh sokongan kepada suaminya.

“Setakat ini Adam dapat mengawalnya cuma kadangkala dia akan tiba- tiba menangis, berasa sedih dan celaru terhadap sesuatu perkara yang berlaku.

"Malah sejak kebelakangan ini juga penyakit OCD Adam agak teruk apabila setiap benda mahu dalam keadaan tersusun dan teratur," katanya sebagaimana yang dipetik daripada laporan tersebut.

Dalam pada itu, kata Kaka, dia terbuka untuk berkongsi tentang perkara tersebut kepada umum kerana ingin memberi kesedaran kepada masyarakat tentang masalah tersebut.

Tambahnya lagi, ramai yang mengirimkan mesej peribadi di laman Instagramnya memberi mempunyai masalah depresi tetapi tidak tahu bagaimana ingin berkongsi.

Justeru Kaka menyeru kepada mereka di luar sana agar memainkan peranan yang penting untuk membantu individu yang mengalami masalah tersebut dengan sebaiknya.

Artikel Berkaitan:

"Sepanjang merawat suami ia membentuk diri saya menjadi lebih sabar dan tidak melihat ia sebagai perkara yang negatif," kata Kaka.

Kaka dan Adam selamat bergelar isteri 14 Disember di kediaman keluarga pengantin perempuan dan kemudiannya diraikan di majlis resepsi pada 22 Disember lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!