Negeri Sembilan setuju larang jual vape

Datuk Seri Aminuddin Harun
Datuk Seri Aminuddin Harun
A
A
A

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan bersetuju jika larangan penjualan rokok elektronik (e-rokok) atau vape dikuatkuasakan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, ini kerana penggunaannya dalam kalangan pelajar hari ini amat membimbangkan.

“Patutnya isu larangan penjualan vape ini sudah selesai dulu dan ia pernah diharamkan, tapi kini timbul semula.

“Jadi saya harap kerajaan dapat membuat keputusan segera mengenai isu vape ini kerana ia sudah merebak dalam kalangan pelajar termasuk dari sekolah rendah,” katanya ketika ditemui selepas Town Hall Maqasih Syariah Peringkat Negeri Sembilan di sebuah hotel di sini hari ini.

Menurutnya, vape yang kini boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti pensel dan pemadam boleh mempengaruhi pelajar.

Oleh itu beliau berharap Kementerian Kesihatan (KKM) dapat membuat keputusan terbaik dalam menangani isu berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Penggunaan vape libat pelajar sekolah membimbangkan

Terdahulu Sinar Harian melaporkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Zulkefly Ahmad berkata, penguatkuasaan larangan penjualan rokok elektronik atau vape yang menggunakan cecair tanpa nikotin masih dalam perbincangan.

Katanya, kementeriannya bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) masih lagi menjalankan kajian mendalam dan perbincangan termasuk akta baharu berkaitan vape yang kini dalam semakan Jabatan Peguam Negara.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!