Jaring gol ke-700, Ronaldo dalam kelas tersendiri

Ronaldo meraikan jaringan penaltinya ketika aksi menentang Ukraine di Stadium NSC Olimpiyskiy, Kiev, awal pagi tadi.
Ronaldo meraikan jaringan penaltinya ketika aksi menentang Ukraine di Stadium NSC Olimpiyskiy, Kiev, awal pagi tadi.
A
A
A

PENYERANG Portugal, Cristiano Ronaldo gembira kerana dapat menjaringkan gol ke-700 dalam kariernya ketika menentang Ukraine pada aksi Kelayakan Euro 2020 di Stadium NSC Olimpiyskiy, Kiev, awal pagi tadi.

Namun pada masa sama pemain berusia 35 tahun itu berkata, beliau juga kecewa kerana tidak dapat membantu pasukannya pada aksi kumpulan B yang menyaksikan penyandang juara itu tewas 1-2.

"Saya kecewa kerana kami tidak menang pada perlawanan ini tapi saya bangga dengan komitmen dipamerkan pemain-pemain Portugal.

“Saya akui tidak semua orang boleh mencapai angka jaringan ke-700 sebegini tanpa sokongan semua pihak yang bersama saya selama ini

“Bagi catatan gol ke-700 ini terima kasih kepada rakan sepasukan, rakan seangkatan dan jurulatih yang banyak membantu saya menjadi pemain seperti sekarang," katanya yang kini disenaraikan dalam kalangan pemain yang mencatat jaringan sebanyak itu.

Pada aksi keenam kumpulan itu, penyerang Juventus berkenaan menjaringkan penalti pada minit ke-72 sekali gus mengimbau kenangan ketika beraksi pada saingan Liga Juara-Juara di stadium sama sebelum ini.

Ketika ditanya mengenai rekod pencapaian peribadi beliau, bekas penyerang Manchester United dan Real Madrid itu berkata, beliau tidak mengingati berapa banyak rekod dicatatnya.

"Saya tidak mengingati berapa banyak rekod peribadi yang saya telah catatkan kerana semuanya hadir secara semula jadi tanpa ketaksuban. Tapi saya cukup gembira pada ketika ini dengan bantuan serta sokongan semua selama ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!