Pertemuan Anwar, Azmin perkara biasa, kata Zuraida

Anwar (kiri) mengadakan mesyuarat santai bersama Azmin (tengah) dan Saifuddin Nasution di kafe Parlimen hari ini.
Anwar (kiri) mengadakan mesyuarat santai bersama Azmin (tengah) dan Saifuddin Nasution di kafe Parlimen hari ini.
A
A
A

BAYAN BARU - Pertemuan antara Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan presiden parti itu di kafetaria Ahli Parlimen tengah hari tadi disifatkan perkara biasa.

Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, pertemuan 'one to one' di Parlimen antara Ahli Parlimen tidak menjadi sebarang isu.

Malah menurut Zuraida, beliau juga ada berjumpa dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini, namun ia hanya melibatkan perbualan biasa.

"Alhamdulillah. Perjumpaan 'one to one' di Parlimen itu biasa, perkara biasa. Tak ada isu. Saya sendiri pernah berjumpa 'one to one' dengan beliau (Anwar). Saya pun ada jumpa dengan Anwar, dia (Anwar) tegur saya.

"Biasalah. Adalah bercakap sikit tapi tidaklah adakan perbincangan yang serius," katanya ketika ditemui selepas perasmian Asia Pacific Urban Forum (APUF) 7 di Spice Arena di sini tadi.

Zuraida mengiringi Josaia melawat pameran di APUF 7 tadi.
Zuraida mengiringi Josaia melawat pameran di APUF 7 tadi.

Turut hadir, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dan Perdana Menteri Fiji, Josaia Voreqe Bainimarama.

ARTIKEL BERKAITAN: Jumpa Azmin hanya bincang ekonomi negara, kata Anwar

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berharap satu pertemuan antara Presiden dengan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang dipilih dalam pemilihan parti diadakan secara bersama dan bukannya secara individu.

"Kita nak semua orang mengetahui apa perbincangan. Kalau tidak, kita tak tahu apa yang dibincangkan," katanya.

Tengah hari tadi, gambar pertemuan Anwar, Mohamed Azmin dan Setiausaha Agung PKR yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dikongsi oleh seorang ahli parti itu yang dikenali sebagai Syafiq Sunny di laman Facebooknya.

Ketiga-tiga pemimpin PKR itu bertemu secara tidak rasmi di kafetaria Ahli Parlimen.

Pertemuan itu menjadi perhatian berikutan Anwar dan Mohamed Azmin dikatakan tidak sehaluan dan sering mengeluarkan kenyataan seolah-olah menggambarkan hubungan dingin antara kedua-duanya selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Selain itu, Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi bersama beberapa pemimpin PKR termasuk Zuraida didakwa sering tidak hadir ke mesyuarat parti itu, sekali gus memperlihatkan pergolakan antara mereka semakin ketara.

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang turut meminta diadakan mesyuarat rekonsiliasi antara Anwar dan pihak yang tidak berpuas hati dengannya, namun Anwar didakwa tidak melayan tiga pucuk surat dihantarnya bagi membincangkan perihal parti dan pertemuan sebagai usaha perdamaian.

Ia merupakan sebab Zuraida tidak hadir ke mesyuarat MPP.

Anwar kemudiannya menyifatkan isu surat yang tidak dibalas yang dibangkitkan oleh Zuraida sebagai isu 'titik bengik' dan memintanya datang ke mesyuarat untuk berbincang.

ARTIKEL BERKAITAN: Jumpa Azmin hanya bincang ekonomi negara, kata Anwar

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!