DUN Kelantan lulus usul dukacita kenyataan Guan Eng

Abdullah Ya'kub
Abdullah Ya'kub
A
A
A

KOTA BHARU - Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini meluluskan usul cadangan merakamkan dukacita di atas kenyataan yang dikeluarkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengenai pembayaran royalti minyak di negeri itu.

Perkara tersebut dimaklumkan Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Ya'kub selepas dicadangkan oleh Datuk Hassan Mahmood (Pas-Tawang).

"Hari ini kita menyaksikan satu cadangan usul yang merakamkan dukacita di atas kenyataan Menteri Kewangan yang mengelirukan mengenai pembayaran royalti minyak.

"Saya telah meneliti cadangan ini dan ia memenuhi tiga syarat utama untuk diluluskan iaitu perkara yang tertentu dan mustahak untuk kepentingan orang ramai dan perlu disegerakan. Maka saya menerima cadangan ini," katanya.

Cadangan usul tersebut disokong sebulat suara oleh majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan hari ini.

Semasa perbahasan dan sokongan, Datuk Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) menyokong penuh cadangan tersebut dan memberitahu berasa dukacita apabila seorang menteri seperti Guan Eng tidak dapat membezakan antara wang royalti dan wang ihsan.

"Sebagai Menteri Kewangan yang mempunyai latar belakang pendidikan di Australia tetapi masih bertukar antara 'buah dokong dan buah rambai'.

"Apa yang disebut kerajaan negeri adalah wang ihsan, kerajaan dulu pun beri wang ihsan. Kenapa Guan Eng sebut di luar Parlimen, sebab nak lari daripada desakan ketua pembangkang dalam Parlimen? Dua sesi berbeza.

Artikel Berkaitan:

"Sepatutnya jawab dalam dewanlah. Ini yang mengelirukan rakyat sehingga mengatakan kerajaan Kelantan berbohong.

"Walau apa sekalipun, Kelantan berhak dapat royalti minyak. Bacalah undang-undang mana sekalipun. Wang ihsan diberikan atas ihsan, tidak kira berapa pun. Tapi rakyat Kelantan bukan pengemis. Kita hidup atas bumi merdeka. Saya harap royalti ini dibayar dengan kasar segera," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Wang ihsan RM15.7 juta bukan royalti minyak Kelantan'

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!