DBKL kaji had operasi kelab hiburan
KUALA LUMPUR - Susulan cadangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengehadkan waktu operasi premis hiburan malam, satu kaji selidik kini dijalankan bagi menerima maklum balas warga kota tentang cadangan itu.
Menerusi status terbaharu dimuat naik di Facebook rasmi DBKL, satu pautan disediakan membolehkan warga kota mengisi maklumat kaji selidik yang sedang dijalankan itu.
DBKL dalam status berkenaan memaklumkan pihaknya mengalu-alukan penyertaan orang ramai dalam kajian itu.
"Pihak kerajaan bercadang untuk memendekkan tempoh waktu operasi pusat hiburan malam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sehingga jam 1.00 pagi sahaja.
"Oleh yang demikian, pihak DBKL ingin mendapatkan pandangan umum terhadap cadangan ini dan mengalu-alukan penyertaan tuan/puan di dalam kaji selidik ini," kata kenyataan itu.
Kaji selidik berkenaan dijalankan bermula 1 sehingga 31 Januari ini.
Berikut merupakan pautan untuk menyertai kaji selidik tersebut :
https://elesen.dbkl.gov.my/elesennew/surveyform.aspx
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!