'Beban mak akan berkurangan jika Along pergi'

AIMAN SADIQ ABDULLAH

Surat yang ditinggalkan oleh remaja terbabit sebelum melarikan diri dipercayai mengikut teman lelakinya warganegara Nepal.
Surat yang ditinggalkan oleh remaja terbabit sebelum melarikan diri dipercayai mengikut teman lelakinya warganegara Nepal.
A
A
A

PULAU PINANG - Seorang gadis yang menghilangkan diri mengugut ibunya untuk membunuh diri jika kehilangannya dilaporkan kepada pihak polis.

Gadis berusia 20 tahun itu dipercayai mengikut teman lelakinya yang merupakan warganegara Nepal dan sempat mengutuskan sepucuk surat kepada keluarganya sebelum melarikan diri.

Dalam surat tersebut, gadis terbabit yang mesra dipanggil Along turut meminta maaf kepada ibunya atas tindakannya melarikan diri.

"Wahai keluarga yang disayangi, maaf kerana tak sanggup lagi hidup bersama. Along minta maaf. Along dah banyak sakitkan hati mak dan kecewakan mak. Sampai di destinasi yang along tuju along call (hubungi) mak.

"Lepaskanlah anak mak, beban mak akan berkurangan jika Along pergi. Along sayang mak sangat," katanya di dalam surat tersebut.



Remaja tersebut turut berpesan supaya adiknya menjaga ibu mereka dan dia akan terus meninggalkan Pulau Pinang.

"Fit, jaga mak. Jangan buat mak menangis. Jangan buat ayah hina mak lagi. Jaga adik-adik, Along takkan duduk di sini lagi.

"Along takkan duduk di sini, mungkin Along akan pergi jauh, mungkin ke Johor atau mungkin Negeri Sembilan. Jangan laporkan kepada pihak polis kalau mak tidak mahu Along membunuh diri," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, seorang lelaki yang dipercayai rakannya yang sedang berusaha menjejaki gadis tersebut turut menyebarkan mesej supaya remaja itu dapat pulang ke pangkuan ibunya.

"Assalamualaikum, mohon sebarkan. Gadis lari rumah disyaki mengikut teman lelaki warga Nepal dikenali sebagai Ronny.

"Lokasi terakhirnya di Penang, bertatu di kedua-dua tangan yang bertulisan 'I am Evil'. Sila hubungi ayah beliau. Terima kasih," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!