'Bersatu' selepas hilang 12 tahun

No Image Caption
A
A
A

ORLANDO - Seekor anjing di Florida yang hilang sejak 12 tahun lalu akhirnya bersatu semula dengan pemiliknya.

Anjing tersebut yang diberi nama Dutchess keluar dari rumah pemiliknya pada Februari 2007 dan tidak pernah kembali selepas itu.

Pemiliknya, Katheryn Strang telah mencari Dutchess di merata tempat termasuk ke tempat perlindungan berdekatan, namun hampa.

Bagaimanapun minggu lalu, penantian tersebut berakhir apabila haiwan yang dijumpai seorang lelaki di Pittsburgh iaitu hampir 1,600 kilometer dari Orlando menghantarnya ke pusat perlindungan haiwan.

No Image Caption

Melalui imbasan 'microchip' Dutchess telah menghubungkan dengan Strang yang juga telah berpindah ke Boca Raton, Florida.

Satu pertemuan telah diadakan oleh pusat berkenaan telah merungkai kesedihan yang terpendam selama 12 tahun. Menerusi laman Facebook yang dimuat turun oleh pusat tersebut, Strang dilihat memeluk dan mencium Dutchess dengan lama bagi melepas kerinduan lama terpendam.

"Mereka seperti bayi anda. Anda tidak berputus asa, " katanya pada sidang akhbar selepas bersatu semula dengan Dutchess.

Artikel Berkaitan:

Strang berkata, dia sentiasa berharap Dutchess yang kini sudah berusia 14 mungkin dapat ditemui walaupun selepas bertahun-tahun.

Katanya, dia telah membayar yuran tahunan sebanyak USD15 (RM63) untuk memastikan 'microchip' itu tetap aktif.- Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!