Pantau pelajar beli vape secara dalam talian

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan perlu mengkaji satu mekanisme terbaik dalam mengawal penjualan vape secara dalam talian terutama di media sosial yang membabitkan pelajar dan remaja di bawah umur.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, meskipun kerajaan menghadapi kesukaran bagi memantau perkara tersebut namun tindakan awal mampu mengelak gejala itu berlarutan.

Menurutnya, kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dapat menjamin kepentingan pengguna.

“Realitinya susah nak pantau tapi kerajaan kena cari satu kaedah kerana selain membeli secara fizikal di kedai, golongan pelajar dan remaja juga membeli vape secara atas talian dengan harga lebih murah.

“Saya rasa ini perkara yang membimbangkan kerana pada masa sekarang, tiada sebarang kawalan. Kesukaran ini menjadi cabaran kepada kerajaan.

“Sememangnya sekarang semua bentuk penjualan secara atas talian perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Ini memerlukan pemantauan berterusan,” katanya kepada Sinar Harian.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!