Sabah, Sarawak gembira selepas lebih 50 tahun jadi 'anak tiri' BN

Dr Kelvin Yii Lee Wuen (kanan) selaku panelis pada pada program Wacana Sinar Harian Siri 134 bertajuk Pasca Belanjawan 2020: Siapa Untung, Siapa Rugi? di Dewan Karangkraf di sini hari ini.
Dr Kelvin Yii Lee Wuen (kanan) selaku panelis pada pada program Wacana Sinar Harian Siri 134 bertajuk Pasca Belanjawan 2020: Siapa Untung, Siapa Rugi? di Dewan Karangkraf di sini hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Rakyat di Sabah dan Sarawak melahirkan rasa gembira selepas lebih 50 tahun tidak berpuas hati terhadap layanan di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) apabila dianaktirikan dalam agihan kekayaan negara.

Ahli Parlimen Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen berkata, ini kerana peruntukan diterima dua negeri itu sebelum ini jauh berbeza berbanding hasil bumi disumbang untuk pendapatan negara terutama minyak dan gas.

Menurutnya, melalui Belanjawan 2020, ia disifatkan langkah pertama merapatkan jurang semua negeri selari dengan Wawasan Kemakmuran Bersama.

"Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil langkah positif dengan menambah peruntukkan kepada dua negeri ini contohnya geran khas untuk Sarawak.

"Dulu hanya RM16 juta sahaja yang sudah lama tidak disemak tapi sekarang dinaikkan kepada RM32 juta.

"Belanjawan akan datang akan digandakan pula kepada RM54 juta. Sarawak dan Sabah mahu pulangan lebih saksama ke atas sumber asli," katanya selaku panelis pada pada program Wacana Sinar Harian Siri 134 bertajuk Pasca Belanjawan 2020: Siapa Untung, Siapa Rugi? di Dewan Karangkraf di sini hari ini.

Kelvin berkata, difahamkan perkara tersebut dibincangkan antara ketua menteri dan perdana menteri bagi mengkaji satu formula perkongsian bersama.

Wacana yang menampilkan Rizal Zulkapli dari Astro Awani sebagai moderator itu turut dibarisi panelis, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Bajet, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Setiausaha Politik Presiden Pas, Syahir Sulaiman.

Artikel Berkaitan:

Turut sama sebagai panelis, Felo Utama Institut Kebangsaan Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Denison Jayasooria.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!