Titah terakhir Maharaja Jepun

Putera Mahkota Naruhito (dua kiri) bersama isteri, Puteri Mahkota Masako tunduk hormat kepada Maharaja Akihito dan Maharani Michiko ketika acara di Istana Diraja di Tokyo.
Putera Mahkota Naruhito (dua kiri) bersama isteri, Puteri Mahkota Masako tunduk hormat kepada Maharaja Akihito dan Maharani Michiko ketika acara di Istana Diraja di Tokyo.
A
A
A

TOKYO - JEPUN. Maharaja Jepun, Akihito, hari ini menyampaikan titah terakhir yang penuh emosi sebelum baginda turun takhta pada April depan.

"Beta sangat berbesar hati dapat meraikan tahun baharu pada kali ini bersama dalam keadaan cuaca yang sangat baik. Saya mendoakan untuk keamanan dan kebahagiaan rakyat di negara ini dan seluruh dunia," titah Akihito, 85, di hadapan ribuan rakyat yang turut mengibarkan bendera kebangsaan.

Menurut jurucakap istana, lebih 72,000 pengunjung membanjiri kediaman diraja tersebut dan jumlah itu dijangka meningkat kerana ramai tidak mahu melepaskan peluang untuk mendengar titah baginda sempena sambutan Tahun Baharu.

Pada 2016, Akihito mengejutkan seluruh negara selepas baginda menyuarakan hasrat untuk turun takhta atas faktor usia dan masalah kesihatan dialaminya.

Anak sulung baginda, Putera Mahkota Naruhito bakal naik Takhta Chrysanthemum, sehari selepas ayahandanya turun takhta, sekali gus meneruskan pemerintahan keluarga diraja tertua di dunia itu. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!