Banjir di Sungai Siput, budak OKU antara dipindahkan
SUNGAI SIPUT - Seorang kanak-kanak perempuan kurang upaya (OKU) antara 56 mangsa banjir di Kampung Lintang di sini yang dipindahkan selepas kediaman masing-masing dinaiki air pagi tadi.
Kejadian sekitar jam 5 pagi itu berlaku akibat hujan lebat berterusan menyebabkan limpahan air dari Sungai Pelus berlaku sehingga mencapai paras 0.5 meter.
Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan, sebanyak 12 keluarga telah dipindahkan membabitkan 56 mangsa termasuk 20 kanak-kanak.
"Kesemua mangsa ditempatkan sementara di Dewan Orang Ramai Lorong Tok Sirat yang dibuka pagi tadi," katanya.
Menurutnya, keadaan kini adalah terkawal dan paras air menunjukkan tanda surut.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!