Mangsa tembakan di Christchurch lawat PM
PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerima kunjungan dua mangsa tembakan rambang di Christchurch, New Zealand, di pejabatnya, di sini hari ini.
Detik pertemuan bersama Mohd Nazril Hisham Omar dan Rahimi Ahmad itu dimuat naik di laman Twitter @chedetofficial.
Dr Mahathir dalam ciapannya berkata, kedua-dua mangsa itu berkongsi perasaan dalam insiden terbabit.
"Mereka tidak berdendam selepas kejadian tersebut sebaliknya bersyukur melihat sokongan yang diberikan rakyat dan kerajaan New Zealand.
"Rakyat negara itu menunjukkan minat untuk memahami dan mempelajari berkenaan Islam," katanya.
Mohd Nazril, 46, dan Rahimi, 39, masing-masing ditemani keluarga pada pertemuan itu dan merakamkan gambar kenangan.
Pada 16 Mac lalu, sekurang-kurangnya 50 maut dan puluhan cedera selepas seorang penyerang melepaskan tembakan di dalam masjid ketika jemaah menunggu untuk menunaikan solat Jumaat.
Selain Mohd Nazril dan Rahimi, seorang lagi rakyat Malaysia, Mohd Tarmizi Shuib turut tercedera.
Anak sulung Rahimi, Ahmad Razif, 11, berjaya diselamatkan orang awam manakala anak Mohd Tarmizi, Mohd Haziq, 17, terbunuh dalam insiden tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Nazril trauma, tak boleh tengok kelibat polis
Tembakan Christchurch: Rahimi jalani rawatan fisioterapi
YAB Tun Dr Mahathir bin Mohamad menerima kunjungan Encik Mohd Nazri Hisham bin Omar dan Encik Rahimi bin Ahmad sekeluarga di Bangunan Perdana Putra hari ini. Kedua-dua mereka ialah mangsa insiden tembakan rambang di Christchurch, New Zealand yang berlaku pada bulan Mac lalu. pic.twitter.com/B1LUdK0NTX
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) October 16, 2019
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!