Belanjawan 2020 goda Malaysia Timur, tindas Pantai Timur

Nazrul Nazir
Nazrul Nazir
A
A
A

SHAH ALAM - Belanjawan 2020 dibentangkan kerajaan Jumaat lalu tidak bersifat kesaksamaan secara menyeluruh selain hanya menggoda Malaysia Timur tetapi menindas Pantai Timur.

Penolong Setiausaha Penerangan Pemuda Pas, Nazrul Nazir berkata, ketiadaan projek impak tinggi untuk negeri-negeri di Pantai Timur tidak dapat menyelesaikan jurang ekonomi.

"Analisis tentang Belanjawan 2020, pertama kita lihat tiada satu pun projek impak tinggi untuk Pantai Timur dan yang kedua belanjawan tidak menceritakan tentang royalti minyak.

"Kita tengok bagaimana belanjawan dibentangkan, Sarawak disebut 23 kali dalam pembentangan bajet dengan jumlah RM4.4 bilion diberikan kepada Sarawak, Sabah 28 kali dengan RM5.4 bilion diberikan kepada Sabah.

"Bagi Kelantan... kosong, tidak diberikan projek berimpak tinggi dalam belanjawan dan Terengganu kosong juga sekaligus ini menunj ukkan tidak sama rata, ada perbezaan antara Malaysia Timur dengan Pantai Timur," katanya pada program Debat Sinar bertajuk Belanjawan 2020: Siapa Dapat Lebih Manfaat? di Dewan Karangkraf di sini semalam.

Beliau membalas hujah Ketua Penerangan Pemuda Bersatu, Ulya Aqamah dalam program yang menampilkan Personaliti TV, Perunding Latihan dan Motivasi, Amin Idris selaku moderator.

Tambahnya, walaupun Menteri Kewangan kata royalti diberi tetapi sebenarnya itu wang ihsan dan hakikat sebenar royalti masih belum diberi terutamanya kepada Kelantan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!