Enam beradik tunggu 'hari kiamat'

Kesemua mereka dipercayai tidak pernah keluar dari rumah ladang ini sejak sembilan tahun lalu.
Kesemua mereka dipercayai tidak pernah keluar dari rumah ladang ini sejak sembilan tahun lalu.
A
A
A

AMSTERDAM - Enam adik-beradik ditemukan mendiami bilik rahsia di sebuah rumah ladang di Belanda selama beberapa tahun untuk menunggu ketibaan hari kiamat.

Semalam, stesen TV tempatan, RTV Drenthe melaporkan kesemua mereka yang berusia 16 hingga 25 tahun itu tinggal bersama seorang lelaki berumur 58 tahun berhampiran Ruinerworld, sebuah desa di wilayah utara Drenthe.

Insiden itu terbongkar selepas salah seorang daripada mereka melarikan diri dan mengunjungi sebuah bar dalam keadaan tidak terurus.

Lelaki berumur 25 tahun itu mendakwa dia tidak pernah meninggalkan rumah itu sejak sembilan tahun lalu.

Dalam satu kenyataan lain, Datuk Bandar Roger de Groot memberitahu, pemilik premis tersebut telah ditahan kerana enggan bekerjasama dengan polis.

"Lelaki warga Austria berusia 58 tahun itu dikenali sebagai Joseph B dan hasil siasatan awal mendapati dia bukan bapa kepada kesemua mangsa dan pertalian dengan mereka masih disiasat," katanya.

Difahamkan, kesemua adik-beradik itu telah diletakkan di bawah jagaan pihak berkuasa. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!