RUU lindungi penderma makanan dibentang Disember

Saifuddin (tengah) menyempurnakan perasmian Food Bank Siswa UMP.
Saifuddin (tengah) menyempurnakan perasmian Food Bank Siswa UMP.
A
A
A

KUANTAN - Rang Undang-undang (RUU) Perlindungan Penderma Makanan 2019 yang diluluskan Dewan Rakyat baru-baru ini akan dibentangkan di Dewan Negara Disember depan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, RUU berkenaan bertujuan mewujudkan perundangan terperinci bagi melindungi dan memberi keyakinan kepada industri dan penderma makanan.

"Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCORP) menganggarkan lebihan makanan sehari yang masih elok untuk dimakan tapi bukan untuk dijual ialah kira kira 3,000 tan metrik, sehari.

"Sesetengah polisi produk pula menetapkan ia perlu dilupuskan dalam tempoh enam bulan sebelum tamat tempoh dan makanan ini masih baik. Inilah yang Food Bank selamatkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Wacana Bersama Menteru dan Perasmian Program Food Bank Siswa Universiti Malaysia Pahang di Kampus Gambang semalam.

Menurutnya, RUU itu juga akan meningkatkan kesedaran pembaziran dan pengurusan lebihan makanan secara sistematik.

"Setelah setahun Food Bank dilaksanakan kita baru selamatkan 1,700 tan metrik sedangkan terdapat lebihan 3,000 sehari," katanya.

Terdahulu media melaporkan fasal yang dicadangkan di bawah RUU itu adalah mengecualikan liabiliti sivil seseorang penderma makanan daripada kecederaan diri atau penyakit yang dideritai mana-mana orang atau kematian mana-mana orang yang diakibatkan daripada pengambilan makanan diderma atau diedar penderma makanan.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, ia tidak terpakai jika boleh dibuktikan bahawa ia disebabkan kecuaian atau salah laku penderma makanan, dan penderma makanan tidak mematuhi peraturan keselamatan.

Ia juga tidak terpakai jika disahkan kebersihan makanan di bawah mana-mana undang-undang bertulis selain makanan itu tidak selamat dimakan pada masa didermakan dan pendermaan tidak dilakukan dengan suci hati.

Selain itu, RUU berkenaan menggariskan kementerian juga boleh mengeluarkan garis panduan rujukan rakan strategik kementerian, pihak industri dan orang awam untuk menderma lebihan makanan terutama di bawah Food Bank Malaysia.

RUU ini selaras dengan Dasar Sisa Pepejal Negara 2016 untuk mengurangkan sisa pepejal dan mengoptimumkan penggunaan sumber serta membantu usaha kerajaan mengurangkan impak alam sekitar.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!