Nahas atas jambatan Denmark, enam maut

Serpihan daripada kereta api kargo itu diterbangkan angin kencang.
Serpihan daripada kereta api kargo itu diterbangkan angin kencang.
A
A
A

COPENHAGEN - DENMARK. Sekurang-kurangnya enam terbunuh manakala 16 yang lain cedera, hari ini selepas serpihan dari kereta api kargo dipercayai tarpaulin mengenai kereta api penumpang dari arah bertentangan yang melalui jambatan menghubungkan dua pulau di Denmark.

Penyiasat nahas, Bo Haaning berkata, serpihan itu telah diterbangkan angin kencang hingga menyebabkan kereta api yang membawa 131 penumpang bersama tiga kru itu terpaksa menekan brek secara tiba-tiba.

Pengendali stesen kereta api, DSB memberitahu kejadian itu berlaku pada jam 7.30 pagi (waktu tempatan) di Jambatan Great Belt menghubungkan Pulau Zealand di mana terletaknya Copenhagen dan Funan. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!