Lapan nelayan ditahan, 2,800kg ikan baja dirampas

Lapan nelayan termasuk tujuh warga asing ditahan oleh APMM Pulau Pinang petang semalam.
Lapan nelayan termasuk tujuh warga asing ditahan oleh APMM Pulau Pinang petang semalam.
A
A
A

GEORGETOWN - Tujuh nelayan warga Myanmar dan seorang warga tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang selepas dipercayai melanggar syarat sah lesen petang semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Hamizan Harun berkata, kesemua mereka berada dalam sebuah bot sangkar ikan di kedudukan 1.8 batu nautika dari Barat Laut Muara Sungai Kerian, Batu Maung.

Menurutnya, bot itu dikesan ketika sepasukan APMM Pulau Pinang melakukan rondaan Ops Pertiwi/Ops Patkor Optima 28B/2019 di sekitar perairan negeri ini.

2,800 kg ikan baja turut dirampas.
2,800 kg ikan baja turut dirampas.

"Pemeriksaan mendapati seorang lelaki warga tempatan berusia 41 tahun bersama tujuh lelaki warga Myanmar berusia lingkungan 23 hingga 40 tahun.

"Turut dirampas, 26 bakul ikan berisi ikan baja anggaran berat 2,800 kilogram (kg) dan 50 guni baja ikan (pelet ikan). Kesemua tahanan bersama barang rampasan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban untuk siasatan mengikut Akta Perikanan 1985," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!