Wilayah Jawa Barat dalam zon merah
JAKARTA - INDONESIA. Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil mendakwa seluruh wilayah Jawa Barat termasuk dua pertiga Kabupaten Sukabumi berada dalam zon merah atau terdedah kepada bencana.
"Kita boleh melihat dengan jelas keadaan tersebut menerusi peta. Pada tahun 2018, sebanyak 1,560 bencana termasuk 550 kejadian tanah runtuh dilaporkan di Jawa Barat," katanya ketika meninjau lokasi tanah runtuh di Kampung Garehong, Dusun Cimapag, Kecamatan Cisolok, hari ini.
Ketika ini, pasukan penyelamat sedang berhempas pulas melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang tertimbus dalam insiden tanah runtuh ketika hujan lebat di Sukabumi, kelmarin.
Sekurang-kurangnya 15 termasuk seorang bayi terbunuh manakala 20 lagi hilang selain kira-kira 30 rumah dilaporkan tertimbus. - Kompas.com
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!