Ramasamy beri keterangan Isnin ini

Ramasamy
Ramasamy
A
A
A

GEORGETOWN - Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy mengesahkan beliau akan hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Isnin ini bagi memberi keterangan berhubung satu laporan polis yang dibuat terhadapnya.

Ramasamy berkata, beliau dimaklumkan bahawa polis akan mengambil keterangan berhubung satu artikel yang diterbitkan dalam sebuah portal bertajuk 'Kerajaan baharu tapi polis masih pada takuk 'lama'-Ramasamy' yang disiarkan 17 September lalu.

Menurutnya, beliau dihubungi seorang pegawai polis dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas D5, Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman pada 9 Oktober lalu.

"Pegawai polis itu menyatakan bahawa mereka perlu mengambil keterangan saya. Oleh itu, saya akan hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 21 Oktober ini pada jam 10 pagi untuk memberi keterangan berhubung artikel oleh pengarang bernama Kasthuri Jeevendran.

"Saya diminta hadir untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung laporan polis yang dibuat ke atas saya berkenaan artikel tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian tadi.

Terdahulu, dalam artikel itu, Ramasamy dipetik mempersoalkan tindakan polis menembak mati tiga penjenayah dipercayai aktif samun pecah rumah di Kilometer 22, Jalan Batu Arang, Rawang, 14 September lalu.

Dalam artikel itu, Ramasamy berkata, polis di bawah keadaan politik yang berubah harus tampil dengan idea baharu dalam menangani kes seperti itu.

Menurutnya, pengulangan kisah lama iaitu aksi kejar-mengejar, perompak melepaskan tembakan ke arah polis dan polis terpaksa membalas tembakan sehingga suspek mati tidak dapat diterima.

Artikel Berkaitan:

Katanya, sehingga kini tiada siasatan yang serius dijalankan dalam mempersoalkan kewajipan polis sama ada kejadian tembak menembak itu wajar dilakukan atau sebaliknya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!