Bella Hadid wanita tercantik di dunia
SUPERMODEL terkenal Bella Hadid dinobatkan sebagai wanita tercantik di dunia, menurut kajian Greek Golden Ratio of Beauty Phi.
Menurut kajian itu, wajah Hadid, 23, mencapai hampir 94.35 peratus tahap kesempurnaan Golden Ratio menjadikannya paling dekat dengan 'idea kesempurnaan Greek purba'.
Dapatan itu merupakan sebahagian daripada kajian yang dijalankan pakar bedah plastik Dr Julian De Silva yang membuat penilaian khusus terhadap mata, bulu kening, hidung, bibir, dagu, rahang serta bentuk muka beberapa selebriti wanita terkemuka.
Dalam kajian itu, Beyoncé mendapat tempat kedua diikuti Amber Heard dan Ariana Grande.
De Silva berkata, The Golden Ratio itu merupakan persamaan matematik yang dicipta oleh orang Greek dalam usaha menilai kecantikan wajah sebenar.
Menerusi status di Instagram beliau, De Silva menjelaskan bagaimana persamaan itu berfungsi.
Menurutnya, persamaan itu mula digunakan sejak zaman Kebangkitan Eropah di mana artis akan menggunakan ratio daripada kaedah persamaan matematik sebagai sejenis bantuan dalam menghasilkan karya mereka. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Rezeki Sunhaji mencurah-curah selepas balik umrah
23 Disember 2024 06:52pmIkrar pemimpin baharu Syria, enggan campur tangan hal Lubnan
23 Disember 2024 06:39pmPolis New York tahan lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut
23 Disember 2024 06:04pmTikTok mungkin dibenarkan beroperasi untuk sementara waktu, kata Trump
23 Disember 2024 05:54pmSteven Sim bantu tujuh sekeluarga tinggal dalam kereta
22 Disember 2024 08:33pmSultan Pahang, Tengku Ampuan zahir takziah kepada Setiausaha Kerajaan Pahang
22 Disember 2024 07:33pmRestoran alami kerugian punca kegagalan perniagaan Kim Seri
23 Disember 2024 12:03amIsteri curang seret suami sejauh 200 meter
23 Disember 2024 07:00am