Dua maut, pacuan empat roda terbabas rempuh lori

Dua maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dan lori. Gambar kecil: Keadaan pacuan empat roda dinaiki mangsa remuk. - Foto ihsan akhbar bahasa Cina
Dua maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dan lori. Gambar kecil: Keadaan pacuan empat roda dinaiki mangsa remuk. - Foto ihsan akhbar bahasa Cina
A
A
A

NILAI - Dua maut dalam kemalangan di Kilometer 273 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan di sini malam tadi.

Dalam kejadian jam 1.55 pagi itu, mangsa yang maut ialah Goon Chin Keat, 38, dan rakannya, Chong Pohy Yok, 37.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, ketika kejadian mangsa menaiki kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur ke Seremban.

"Namun sebaik tiba di tempat kejadian, kenderaan dipandu Chin Keat hilang kawalan lalu terbabas sebelum melanggar bahagian belakang sebuah lori yang berhenti di susur keluar Hentian Rehat dan Rawat Seremban.

"Akibatnya Chin Keat dan rakan wanitanya maut di tempat kejadian akibat cedera parah manakala pemandu treler berusia 49 tahun selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar di Seremban untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!