Wisma Putra akan bantu keluarga mangsa nahas di Turki

Laporan berkaitan kemalangan di Turki semalam.
Laporan berkaitan kemalangan di Turki semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Wisma Putra akan terus berhubung dan membantu keluarga seorang rakyat Malaysia yang maut dalam kemalangan di Afyonkarahisar, Turki malam tadi, kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.

Menurutnya, wakil Wisma Putra di Turki juga akan turut membantu menguruskan 10 orang lagi rakyat Malaysia yang cedera dalam kemalangan sama.

“Bagi yang seorang rakyat Malaysia yang meninggal kita akan tunggu dulu apa permintaan keluarga (untuk langkah seterusnya),” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini hari ini.

Seorang rakyat Malaysia, Azalan Miswan, 50, maut manakala 10 lagi cedera setelah bas yang mereka naiki ketika mengikuti satu rombongan terlibat dengan kemalangan di Afyonkarahisar, Turki.

Kemalangan itu berlaku ketika rombongan 35 rakyat Malaysia berkenaan dalam perjalanan dari Pamukkale ke Cappodokya.

Bahagian Komunikasi Korporat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengesahkan bas yang terlibat dalam kemalangan itu membawa rombongan 35 kakitangannya yang sedang melancong ke negara berkenaan.

Sementara itu, seorang ahli keluarga yang tidak mahu dikenali memberitahu Bernama, pihak kedutaan sedang menguruskan proses untuk membawa balik jenazah yang dijangka memerlukan masa sekurang-kurangnya dua hari sebelum tiba di Kuala Lumpur. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN Seorang rakyat Malaysia maut dalam kemalangan di Turki

Keluarga masih bincang, mungkin dikebumikan di Turki: Bapa

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!