Kenapa kamu tak mati?...
PERTH - AUSTRALIA. Seorang lelaki yang mempunyai ketakutan melampau terhadap labah-labah telah mencetuskan panggilan kecemasan pada Tahun Baharu.
Menurut polis, seorang pejalan kaki yang prihatin bertindak segera melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa selepas dia terdengar jeritan bayi dan lelaki yang menjerit berulang kali 'Kenapa kamu tak mati?'.
Tetapi, apabila tiba di kediaman lelaki itu di pinggir bandar Perth, polis terkejut selepas mendapati dia sebenarnya cuba membunuh labah-labah.
Menerusi Twitter, polis mengesahkan tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.
"Insiden itu hanya melibatkan labah-labah," jelas jurucakap polis, Samuel Dinnison.
Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak memberikan butiran lanjut tentang spesies labah-labah itu memandangkan Australia mempunyai labah-labah paling berbahaya di dunia seperti Redback dan Funnel Web. - BBC
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!