NEW DELHI - Seorang doktor di sebuah hospital di India ditangkap Polis New Delhi kerana didakwa merogol seorang wanita dari sebuah syarikat perubatan terkemuka di sini. Menurut polis, pada mulanya wanita itu bertemu doktor berkenaan di hospital pada bulan Mei lalu sebelum bertemu sekali lagi di sebuah kedai kopi di kawasan Green Park di Delhi. Kemudian pada 10 Mei, tertuduh menjemput pula wanita itu ke biliknya dan dia menawarkan minuman ringan yang telah dicampur dengan sedatif sebelum dirogol. Selepas dirogol, doktor itu kemudiannya menunjukkan gambar wanita itu yang diambilnya dan mengugut untuk menghantar kepada suami wanita berkenaan. Doktor itu menggunakan gambar itu sebagai ugutan dan wanita berkenaan dijadikan hamba seksnya selama beberapa bulan. Namun semuanya terbongkar selepas wanita itu menceritakan kejadian itu kepada seorang kenalan dan membantunya membuat laporan kepada polis. Setelah disiasat polis Delhi mendapati tuduhan itu benar dan menangkap doktor itu serta merampas telefon mudah alihnya. Bagaimanapun, pihak hospital tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung penangkapan doktor tersebut. - Agensi