Portal PSP kembali aktif, aspek keselamatan dipertingkat
PUTRAJAYA - Portal rasmi Program Subsidi Petrol (PSP), https://psp.kpdnhep.gov.my, sudah boleh mula diakses orang awam bermula 1 tengah hari ini setelah masalah teknikal diatasi.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam kenyataan hari ini berkata, portal tersebut telah diaktifkan semula dengan aspek keselamatan sistem dan data telah dipertingkatkan.
“Pihak kementerian memandang serius akan aspek integriti dan keselamatan data peribadi penerima PSP dan sentiasa mengambil langkah proaktif bagi melindungi data-data tersebut,” katanya.
Menurut KPDNHEP, sejak dibuka pada Selasa lalu, aliran trafik ke portal PSP amat tinggi dan pengguna diminta bersabar dan disarankan untuk melakukan semakan di luar waktu puncak untuk menjamin kelancaran.
“Kementerian juga memohon supaya pengguna mengakses portal PSP melalui 'browser Chrome atau Mozilla Firefox' untuk prestasi yang lebih baik,” katanya. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!