Penyeludup kanak-kanak dipenjara 374 tahun

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

BANGKOK - Seorang penyeludup di Thailand dihukum penjara 374 tahun atas kesalahannya menyeludup kanak-kanak.

Yuttana Kodsap, 31, didapati bersalah melakukan pemerdagangan budak untuk tujuan pornografi selepas dia mengajak kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun bermain permainan komputer di rumahnya dan merakam aksi lucah dengan mereka.

Rakaman tersebut kemudiannya dijual di aplikasi sembang.

Sebuah mahkamah di wilayah Phang Nga menjatuhkan hukuman penjara 374 tahun untuk jenayah yang dilakukan dan mengarahkan dia membayar denda sebanyak AS$26,000 (RM109,000) sebagai pampasan bagi setiap lima mangsa.

Menurut seorang peguam bebas, Papop Siamhan, pesalah kes pelacuran budak menerima hukuman penjara yang lama kerana ia sering melibatkan beberapa undang-undang dan kanak-kanak yang ramai.

"Tempoh penjara yang panjang akan menakutkan orang ramai untuk melakukan jenayah itu dan ia juga akan menyebabkan pihak berkuasa serta hakim lebih berhati-hati dalam mengendalikan kes seperti itu," katanya.

Kejadian tersebut merupakan kes penyeludupan kedua di Thailand di mana pesalah dihukum penjara lebih 300 tahun.

Tahun lalu, tiga lelaki dipenjara sehingga 309 tahun oleh mahkamah jenayah selepas didapati bersalah atas kesalahan menyeludup kanak-kanak untuk pelacuran. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!