TUDM terbangkan bayi alami masalah jantung

 Pesawat pengangkut A400M itu selamat tiba di Pangkalan Udara Subang jam 7.30 malam tadi.
Pesawat pengangkut A400M itu selamat tiba di Pangkalan Udara Subang jam 7.30 malam tadi.
A
A
A

SUBANG - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melaksanakan penerbangan ihsan membawa bayi lelaki berusia 18 hari yang mengalami masalah jantung (Infracardiac Total Anomalous Pulmonary Venous Drainage) dari Kota Kinabalu ke Subang, hari ini.

TUDM dalam satu kenyataan berkata, bayi berkenaan diterbangkan bagi mendapatkan rawatan lanjut di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

“Pesawat pengangkut A400M itu diterbangkan Mej Phanom Achuan selamat tiba di Pangkalan Udara Subang jam 7.30 malam tadi.

“Turut mengiringi dalam penerbangan itu adalah waris kepada bayi tersebut, Jummy Juin dan Junaita Sapit serta petugas perubatan dari Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah,” kata kenyataan itu.

Bayi berkenaan diterbangkan bagi mendapatkan rawatan lanjut di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
Bayi berkenaan diterbangkan bagi mendapatkan rawatan lanjut di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!