[VIDEO] Bapa sebak terima skrol Aina Fatin

Bapa sebak menerima skrol Allahyarham Aina Fatin Ajwa.
Bapa sebak menerima skrol Allahyarham Aina Fatin Ajwa.
A
A
A

SHAH ALAM - Bapa graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Lendu, Melaka, Aina Fatin Ajwa sayu apabila naik ke pentas menerima skrol Allahyarham anaknya pada Majlis Konvokesyen semalam.

Perkongsian video berdurasi 31 saat itu sungguh menyentuh hati kerana dapat dilihat dengan jelas wajah bapa graduan Diploma Pengurusan Pelancongan itu yang seakan menyembunyikan air mata daripada umum.

Selepas menerima skrol Aina Fatin Ajwa, lelaki itu memeluk skrol seolah-olah memeluk anaknya.

Seluruh warga dewan juga berduka apabila tayangan video arwah Aina Fatin dipaparkan untuk tontonan umum diiringi lagu Salam Terakhir dendangan Allahyarham Datuk Sudirman Arshad.

Posting tersebut telah dimuat naik oleh kakak kepada graduan tersebut iaitu Dzarah Nafizah Mazlan yag meluahkan rasa sedih, rindu serta bangga dengan adiknya.

Difahamkan, arwah Aina meninggal dunia tahun lalu berjaya menamatkan pengajiannya.

Ramai netizen juga sebak setelah menonton montaj video dedikasi untuk arwah Aina Fatin Ajwa malah menyifatkan majlis graduan yang sepatutnya dalam suasana gembira bertukar duka.

Kata Faramie, "I nangis, tak pasal air mata mengalir tengok video ni, Sending lots of love to you and your family. Semoga Arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Aminn."

Artikel Berkaitan:

Siti Maisarah Hamad pula berkata, "Semoga arwah ditempatkan di kalangan org yg beriman."

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!