'Suami bimbang masa depan anak-anak'

Tarmizi menyerahkan cek Faedah Pengurusan Mayat kepada Vasantah (dua dari kiri) sambil diperhatikan Roziah (kanan).
Tarmizi menyerahkan cek Faedah Pengurusan Mayat kepada Vasantah (dua dari kiri) sambil diperhatikan Roziah (kanan).
A
A
A

TEMERLOH - Seorang isteri tidak menyangka suaminya meluahkan kebimbangan masa depan anak-anak adalah petanda ketua keluarga itu akan pergi meninggalkan mereka.

M Vasantah, 44, berkata, mendiang suaminya, M. Balakirusnan, 44, tidak menunjukkan perubahan sikap pada hari kejadian kemalangan berlaku.

"Suami hanya melahirkan rasa gusar terhadap empat anak kami yang berusia 6 hingga 19 tahun.

"Malah mendiang suami sempat mendaftarkan anak bongsu kami yang akan memasuki sesi persekolahan tahun satu tahun depan," katanya.

Vasantah ditemui di rumahnya di Taman Sri Layang,Mentakab di sini hari ini sempena penyerahan cek Faedah Pengurusan Mayat bernilai RM2,000 oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso)

Penyerahan oleh Pengarah Perkeso Pahang,Tarmizi Mukhtar yang turut dihadiri Pengurus Perkeso Temerloh, Roziah Abdul Wahid.

Balakirusnan yang juga seorang pemandu lori maut ketika dalam perjalanan menghantar kayu getah ke sebuah kilang di Mentakab di Jalan Triang, Kampung Tanjung Kerayong di sini pada 11 Oktober lalu selepas Lori dipandunya terbabas.

Vasantah yang tidak bekerja dan suri rumah tangga sepenuh masa berkata, dia menghargai keprihatinan Perkeso yang segera bertindak membantu nasib keluarga mereka.

Artikel Berkaitan:

"Terima kasih dan sekurang-kurangnya pencen yang diterima dapat mengurangkan beban keluarga saya," katanya.

Sementara itu Tarmizi memberitahu, Skuad Perkeso Prihatin segera melakukan tindakan untuk membantu pencarum berkelayakan bagi menerima faedah yang disediakan oleh Perkeso.

Menurutnya, berita kemalangan menimpa Balakirusnan diketahui melalui aplikasi WhatsApp dan Facebook.

"Skuad ini telah bertindak segera mengesan waris mangsa untuk mendapatkan maklumat dan dokumen yang diperlukan sekaligus bayaran faedah kepada waris keluarganya dapat diselesaikan.

"Balu mangsa (Vasantah) layak menerima bayaran Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000 dan untuk bayaran pencen bulanan bagi Faedah Penakat akan dibayar sebanyak RM260.09 manakala anak-anaknya menerima RM173.29 seorang menjadikan jumlah keseluruhan pencen dibayar RM954.16 sebulan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!