Sinar baharu lepasan TVET

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

TAMBAHAN peruntukan sebanyak RM5.9 bilion dalam Belanjawan 2020 untuk Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) berbanding RM5.7 bilion peruntukan bagi tahun 2019 memperlihatkan kerajaan serius menjadikan kemahiran profesional sebagai arus perdana sesuai dengan Revolusi Perindustrian (IR) 4.0.

Kali ini kerangka laluan bagi pelajar TVET dilihat lebih terancang dan kemas kerana peluang untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah menjadi lebih luas.

Jika sebelum ini mereka terpaksa bersaing dengan pelajar matrikulasi dan lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) untuk masuk ke universiti tetapi kini Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) yang menawarkan kursus ijazah membuka peluang besar kepada pelatih khususnya daripada kolej vokasional untuk menyambung pengajian.

Langkah tersebut akan memperluaskan laluan kerjaya graduan TVET untuk mendapat pekerjaan kelak dan menghapuskan persepsi TVET untuk pekerjaan kolar biru sahaja.

Dalam berdepan IR 4.0 institusi pengajian awam (IPTA) juga perlu membuat perubahan dan mengenal pasti kursus yang ditawarkan relevan dengan masa kini dan mampu memenuhi kehendak pasaran pekerjaan.

Kursus yang ditawarkan seharusnya selari dengan permintaan pekerjaan dan sudah tiba masanya golongan akademik bekerja rapat dengan pihak industri.

Usaha memperkasakan TVET diperhebatkan lagi dengan penubuhan Badan Penyelaras Pendidikan TVET Negara yang akan ditubuhkan menjadikan kesemua program TVET di bawah satu bumbung.

Baru-baru ini, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik memaklumkan, dengan meletakkan TVET di bawah satu bumbung dan sistem tunggal yang berdaya saing, program-program dalam TVET itu sendiri akan berkongsi dengan suatu sistem yang kuat dan menyeluruh berbanding diselaraskan oleh pelbagai kementerian seperti yang berlaku selama ini.

Artikel Berkaitan:

Semoga perkembangan sebegini dapat menghapuskan kebergantungan negara dalam jumlah yang tinggi terhadap pekerja asing melibatkan beberapa sektor pekerjaan seperti 3D (dangerous, difficult dan dirty).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!