Laman web Universiti Malaya digodam?
ISU protes membabitkan graduan Universiti Malaya (UM) pada majlis konvokesyen tempoh hari menimbulkan reaksi pelbagai pihak, tidak kurang yang menyatakan kekecewaan terhadap cara ia ditangani.
Isu yang masih belum lagi tampak reda itu kini menjadi semakin panas apabila pautan e-pay bagi laman web rasmi universiti tersebut dipercayai telah digodam oleh penggodam yang tidak dapat dikenal pasti.
Hasil carian laman web tersebut menerusi Google, Sinar Harian mendapati terdapat beberapa potongan ayat yang ditulis oleh penggodam pada deskripsi laman web tersebut iaitu:
"Biar mati dari hidup melutut. Saya rela mati berdiri daripada hidup melutut. Jika kata-kata saya mengancam mereka yang berkuasa, biarkan.
"Jika gambar saya mengejutkan orang ramai, itu adalah bagus. Kata-kata kamu kini jatuh, dan saya kini menjadi perhatian (Your teeth come down, my sword goes up.) #NoRasis #UndurVc #UniversityofMalaya
Namun, selepas di klik pada pautan laman web tersebut, didapati ia tidak boleh diakses, namun semakan di laman web rasmi UM mendapati ia berfungsi seperti biasa.
Dalam pada itu, satu akaun yang menggunakan nama @MrX65826985 turut memuat naik gambar paparan laman web UM telah digodam dengan kapsyen "Universiti Malaya kena godam dan data kini bocor #Hacked #dataLeaked #UniversityOfMalaya.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-rata tidak mempercayai bahawa laman universiti tersebut berjaya digodam.
"Why that page, why not https://um.edu.my?," kata Oh Pian
Namun seorang pengguna di Twitter menggunakan nama Simple_Peasant1 memberitahu "sekejap, saya silap sebab dekat bahagian bawah ada option untuk bayar menggunakan e-pay dan ini bukti ianya legit".
ARTIKEL BERKAITAN: Kit Siang gesa UM tarik semula laporan polis terhadap graduan
Graduan biadab: UM buat laporan polis
University Of malaya Got hacked and data leaked #Hacked#dataLeaked#UniversityOfMalayapic.twitter.com/TwiLGd2po7
— MrX (@MrX65826985) October 17, 2019
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!