'Kalangan netizen ada keldai, lembu...' - Yasin
SHAH ALAM - Penyanyi dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman memuat naik status dengan memberi contoh menyamakan segelintir netizen di media sosial dengan haiwan tertentu mengundang pelbagai reaksi netizen.
Yasin dalam posting yang dimuat naik di Facebooknya menulis "Di kalangan netizen ada keldai, lembu, anjing dan babi. Pastinya kita tak ambil pusing pun dengan kenyataan mereka. Kenapa?
"Saya bagi contoh. Kita tengah memandu kereta tiba-tiba tanpa bagi salam lembu melintas jalan dan kita pun terkejut dan tekan brek. Adakah kita akan melenting dan maki lembu tu? Tidak, sebab kalau kita buat seperti itu, kita pun jadi seperti lembu.
"Contoh kedua, kita tengah joging dengan aman dan tenteram tiba-tiba anjing jiran menyalak dekat kita. Kita pun terkejut dan terganggu. Adakah kita akan menyalak balik kat dia? Tidak, kita bukan anjing.
"Contoh lain babi. Di mana ada babi kita pun semua lari. Kalau keldai tu, bodoh, kita tidak berdialog dengan orang- orang jahil. Ucapkan salam saja," tulis Yasin dalam postingnya di Facebook.
Dilihat, apa yang ingin Yasin sampaikan adalah tiada keperluan untuk mengambil pusing apa yang diperkatakan di ruang komen oleh netizen dan katanya lagi, adalah lebih baik andai disapa dengan ucapan salam dan tidak lebih daripada itu.
Namun, perkongsian Yasin itu menerima pelbagai reaksi dan seorang individu mengatakan bahawa sungguh hina kalangan netizen terbabit di mata penyanyi itu.
"Hinanya mereka di mata anda. Hingga men"tashbih baligh" kan (istilah balaghoh) mereka," tulis al_kundani di ruangan komen Yassin di Facebook
Walau bagaimanapun, Yasin turut membalas komen individu terbabit dengan berhemah memberitahu "sebagaimana dalam al-Quran sesetengah manusia lebih hina daripada binatang. Itulah kenyataannya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!