Pelantikan Mat Sabu mampu kukuhkan TRW

Keratan artikel pelantikan Mat Sabu sebagai Penasihat KAFA semalam.(Gambar kecil: Mohd Azra Mohd Zain)
Keratan artikel pelantikan Mat Sabu sebagai Penasihat KAFA semalam.(Gambar kecil: Mohd Azra Mohd Zain)
A
A
A

PASIR MAS - Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.Net) menyambut baik langkah 'berani'

Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) melantik Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu sebagai penasihat badan induk itu.

Timbalan Presiden Kelate.Net, Mohd Azra Mohd Zain berkata, pelantikan itu diyakini mampu memberi nafas baharu dalam memperkukuhkan semula The Red Warriors (TRW) selepas terpalit pelbagai kontroversi sebelum ini.

"Sebagai 'tulang belakang' pasukan, kami memberikan sokongan penuh kepada Kafa dalam usaha menyuntik nafas baharu ke arah memperkasakan pasukan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Semalam, Kafa mengumumkan Mohamad sebagai penasihat badan induk bola sepak negeri ini berkuat kuasa serta-merta.

ARTIKEL BERKAITAN Mat Sabu dilantik Penasihat KAFA

Persetujuan dicapai selepas Presiden Kafa, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Pertahanan itu di Parlimen.

Menurutnya, pemain ke-12 TRW sudah lama mengimpikan perubahan untuk melihat TRW kembali gah sebagaimana yang telah dilalui sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

Katanya, Kelate.Net optimis gandingan Mohamad dan Wan Abdul Rahim mampu memacu TRW kembali menjadi salah satu kuasa bola sepak di negara ini.

Mohd Azra berkata, penyokong akan memberikan sokongan padu kepada usaha-usaha dilakukan Kafa dalam mengembalikan semula reputasi TRW.

Katanya, TRW adalah 'nadi' rakyat Kelantan yang perlu segera dipulihkan agar tidak 'karam' diselubungi pelbagai isu kurang enak sebelum ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!