Ditahan di lapangan terbang kerana disyaki 'seludup barang'

'Barang seludup' berada dalam bagasi mereka adalah seekor kucing milik mereka bernama Candy.- Foto Agensi
'Barang seludup' berada dalam bagasi mereka adalah seekor kucing milik mereka bernama Candy.- Foto Agensi
A
A
A

CASTLETWON - Sepasang suami isteri dari Ireland panik apabila tiba-tiba ditahan pihak berkuasa bagi pemeriksaan keselamatan tambahan sebelum menaiki penerbangan di Lapangan Terbang Isle of Man.

Nick dan Voirrey Coole dalam perjalanan ke New York untuk perayaan ulang tahun ke-40 Nick.

Pasangan suami isteri itu menjangkakan bagasi mereka lancar melalui pengimbas di lapangan terbang namun kakitangan melihat sesuatu yang luar biasa.

Pasangan itu hairan bagaimana 'barang seludup' boleh berada dalam bagasi mereka.

Bagaimanapun mereka berdua lega apabila dimaklumkan 'barang seludup' itu hanya seekor kucing milik mereka bernama Candy bersembunyi di dalam bagasi.

Bagi meneruskan penerbangan tepat pada masanya, ayah Coole, Barry bergegas ke lapangan terbang untuk mengambil haiwan kesayangan itu.

"Kami mempunyai tiga kucing tetapi Candy suka masuk ke dalam beg atau kotak. Kami tidak membawa banyak beg dan bagasi juga tidak penuh kerana mahu membeli-belah di sana tetapi Candy mempunyai idea lain.

"Dia menyelinap ke dalam beg sebelum kami pergi ke lapangan terbang tetapi kami tidak mendengar atau merasakannya sama sekali ketika dalam perjalanan ke sana," kata Nick.

Artikel Berkaitan:

Candy kini di bawah jagaan bapa Coole sementara mereka menikmati percutian itu. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!