Gunung Pulai akan diletup?

Maklumat yang tular
Maklumat yang tular
A
A
A
BALING - Penduduk sekitar kawasan Gunung Pulai gempar susulan tular maklumat gunung itu akan diletupkan bagi operasi kuari batu.

Wakil penduduk, Sabri Mahmud, 51, berkata, maklumat itu diterima dua hari lalu dan menjadi bualan hangat penduduk.

Menurutnya, susulan itu penduduk mengambil pendekatan berhati-hati dengan memerhati mana-mana pihak luar yang cuba masuk ke kampung itu.

"Berita terbaru itu merisaukan kami dan menjadi tanda tanya sebab sekarang ini jentera atau peralatan belum dibawa masuk.

"Jadi kami hairan bagaimana cara depa nak buat, adakah nak letupkan senyap-senyap. Jadi kami pun tengok-tengok sama sekiranya ada mana-mana pihak luar masuk ke kampung ini," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Tambahnya, kebimbangan itu berasas berikutan tiada hitam putih bahawa projek itu telah dibatalkan.

Terdahulu, Adun Bayu, Abd Nasir Idris bertemu penduduk bagi meleraikan kebimbangan mereka selain berbincang mencari jalan penyelesaian isu kuari yang diluluskan untuk beroperasi di gunung berkenaan.

Abd Nasir kiri menerangkan isu Gunung Pulai kepada jawatankuasa membantah projek kuari batu sebaik selesai pertemuan semalam.
Abd Nasir kiri menerangkan isu Gunung Pulai kepada jawatankuasa membantah projek kuari batu sebaik selesai pertemuan semalam.



Abd Nasir berkata, kebimbangan penduduk membuktikan mereka peka terhadap salah satu isu besar negeri ini.

Artikel Berkaitan:


"Isu ini begitu dekat dengan hati rakyat. Perkembangan ini seharusnya pihak kerajaan negeri dan syarikat terlibat memahami kerisauan dan sensitiviti penduduk terhadap isu ini.

"Penduduk mewakilkan saya supaya isu ini dapat diselesaikan secara kolektif. Kerajaan perlu utamakan rakyat seperti mana dilaungkan dalam manifesto kerajaan PH," katanya.

Beliau berkata, status projek kuari ini masih samar sama ada ia akan diteruskan atau tidak.

"Kita akan tunggu dan lihat perkembangan seterusnya. Menteri Besar dalam Sidang Dun baru-baru ini hanya menyebut untuk selesaikan isu ini secara menang-menang," katanya.

Abd Nasir berkata, keputusan dimahukan Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu dilihat sukar diterima penduduk memandangkan projek itu tetap berjalan.

"Keputusan menang-menang itu bererti kebajikan penduduk dan kepentingan pihak syarikat terhadap projek itu tidak terjejas.

"Secara peribadi saya lihat penduduk sukar terima. Kita harap pihak kerajaan negeri dan syarikat dapat adakan sesi dialog dan perbincangan bersama penduduk," katanya.

Beliau berkata, perkara paling penting untuk jalankan satu-satu projek ialah sokongan dan persetujuan daripada masyarakat setempat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!