Asap rokok, pencemaran punca radikal bebas
TAHUKAH anda, para saintis berpendapat bahawa radikal bebas boleh mengancam kesihatan, sekali gus mendorong pada pelbagai penyakit kronik.
Secara asasnya, radikal bebas merupakan atom (molekul) aktif dan tidak seimbang kerana tidak mempunyai elektron yang berpasangan.
Jika tidak diatasi dengan baik, radikal bebas berkenaan mampu bertindak menyerang molekul, lalu menyebabkan kerosakan sel, menganggu keseimbangan dan menjejaskan protein dalam tubuh.
Menurut Pakar Estetik Sliq Clinic, Dr Steve Chia, kehadiran radikal bebas atau reactive oxygen species (ROS) adalah berpunca daripada pelbagai faktor.
"Selain pencemaran, sinaran ultra violet (UV) dan asap rokok antara punca utama menyebabkan berlakunya radikal bebas dalam badan.
"Justeru, menerusi pemakanan seimbang dan sumber terbaik dapat membantu mengatasi masalah radikal bebas," katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Ais Krim Kecantikan di Creme De La Creme, Kelana Jaya, Selangor baru-baru ini.
Antara sumber pemakanan mengatasi radikal bebas:
a) Glutation
- Ia adalah sejenis bahan antioksida yang bebas daripada alahan dan dapat membantu mencerahkan dan melicinkan kulit.
b) Vitamin C
- Meneutralkan radikal bebas, meningkatkan sistem imun dan menyahtoksin dalam badan.
c) Laici
- Kaya dengan sumber antioksidan, vitamin C, vitamin B-kompleks dan serat flavonoid yang membantu mencegah penuaan dan memberikan perlindungan daripada radikal bebas.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!