SIRAJ Putrajaya ambil 111 murid baharu tahun depan

Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI)
Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI)
A
A
A

PUTRAJAYA - Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ) Abdullah Ibn Mas’ud yang terletak di Presint 11 dekat sini dijangka memulakan pengambilan seramai 111 orang murid baharu tahun satu menjelang tahun depan.

Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) dalam kenyataannya berkata, pembinaan SIRAJ Abdullah Ibnu Mas’ud ini mengambil kira keperluan masyarakat untuk mendapatkan pendidikan formal.

"SIRAJ yang dibina dengan pembiayaan sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berjumlah 5.4 juta ini terdiri daripada bangunan empat tingkat dengan kemudahan 24 bilik darjah dan pejabat pentadbiran," katanya.

Menurutnya, SIRAJ tersebut akan menjadi pemangkin kepada pembangunan modal insan dan kemenjadian insan dengan kecemerlangan.

JAWI dalam kenyataannya berkata, perasmian SIRAJ pada Khamis depan menjadi platform rasmi untuk menghebahkan kepada masyarakat berhubung dasar kerajaan yang sentiasa mengambil berat terhadap kesinambungan Pendidikan Islam sedia ada.

"Majlis Perasmian SIRAJ akan diadakan pada 24 Oktober 2019 (Khamis), jam 9.30 pagi bertempat di Presint 11, Putrajaya dan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!