BERITA >
Pemuda Amanah minta ambil iktibar dari negeri Pas
A
A
A
Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah Melaka, Nazri Zamani berkata, walaupun langkah itu dilaksanakan kerajaan Pas Terengganu namun sekiranya ia memberi kebaikan dan manfaat kepada orang Islam terutamanya, ia harus disokong.
Menurut Nazri, pihaknya kesal apabila terdapat netizen yang cuba memainkan isu itu sehingga memberikan komen negatif dan menyindir usaha berkenaan selain terdapat juga cybertroopers yang menyamar demi membakar dan membangkitkan isu-isu agama serta rasisme.
"Walaupun ia dilaksanakan di negeri pembangkang iaitu Pas, namun yang baik perlu diakui dan segala bentuk sindiran tajam yang membawa kepada unsur hina agama tidak patut dilakukan.
"Konsep patuh syariah yang dibawa meliputi aspek perkhidmatan, layanan, penampilan dan sebagainya seharusnya disokong terutamanya daripada golongan muslim sekaligus membawa imej yang baik untuk agama sekiranya dijalankan dengan sistematik dan lancar," katanya.
Bagaimanpun jelas Nazri, perdebatan netizen terutama dalam kalangan bukan Islam tidak boleh menyalahkan mereka 100 peratus kerana walaupun negara merupakan majoriti muslim, namun realitinya ramai yang masih lemah dalam memahamkan konsep pengurusan, pentadbiran, penampilan dan hal yang lain kepada mereka yang bukan Islam.
Menurutnya, larangan tidak dibenarkan minuman keras serta tidak dibenarkan pasangan belum berkahwin menginap di bilik yang sama tidak sepatutnya dijadikan persengketaan memandangkan di Terengganu juga terdapat banyak pilihan hotel dan penginapan lain selain Hotel Paya Bunga.
"Kepada pemegang profil FB bukan Islam yang menggunakan kata-kata yang tidak baik dan berunsur rasisme, hotel patuh syariah tidak akan mengganggu hak anda.
"Sama juga dengan larangan merokok sehinggakan ada yang tidak bersetuju dan mahu membawa isu itu ke mahkamah, sedangkan perubahan yang berlaku untuk memberikan keselesaan kepada lapisan masyarakat tanpa sebarang masalah," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!