Pejabat Perdana Menteri nafi penglibatan Tun M dalam komik propaganda
PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohmad tidak pernah terlibat dalam penerbitan komik ‘Inisiatif Jalur Dan Jalan–Meraih Manfaat Bersama' atau mengetahui isi kandungan komik yang tular di media sosial.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini turut menafikan dakwaan mengatakan komik itu adalah hadiah rasmi daripada Dr Mahahir kepada Presiden China, Xi Jinping.
"Tertera gambar Dr Mahathir dalam komik berkenaan dengan keterangan yang menyebut komik ini dihadiahkan kepada Presiden Xi Jinping oleh Perdana Menteri sendiri semasa pertemuan dua hala sewaktu di Forum Jalur dan Laluan untuk Kerjasama Antarabangsa kedua.
"Pejabat Perdana Menteri ingin memaklumkan bahawa buku ini bukan hadiah rasmi semasa pertemuan tersebut dan ia dibawa tanpa melalui prosedur dan saluran yang betul.
"Dr Mahathir juga tidak pernah memberi persetujuan agar gambar beliau diguna pakai untuk apa-apa tujuan atau memberi kebenaran agar komik tersebut diedarkan di sekolah," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: KDN siasat pengarang, penerbit komik: Muhyiddin
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!