Maleficent: Mistress of Evil pertaruh tema kasih sayang

Tiga bintang utama Maleficent Mistress of Evil.
Tiga bintang utama Maleficent Mistress of Evil.
A
A
A

BAGI yang pernah menonton filem Disney’s Maleficent pada tahun 2014, pastinya tidak sabar untuk menyaksikan filem Disney’s Maleficent: Mistress of Evil yang sudah pun memulakan tayangannya sejak 17 Oktober lalu di seluruh Malaysia.

Masih mengekalkan Angelina Jolie sebagai Maleficent dan Elle Fanning (Puteri Aurora) selaku teraju utamanya di samping Sam Riley sebagai pembantu Maleficent, Diaval, filem kali ini turut menampilkan pelakon hebat lain seperti Michelle Pfeiffer (Permaisuri Ingrit), Chiwetel Ejiofor (Conall), Ed Skrein (Borra) dan Harris Dickinson (Putera Phillip).

Sekuel ini berlatarbelakangkan lima tahun selepas situasi dalam Maleficent, menerokai hubungan rumit di antara pari-pari bertanduk Maleficent dan Puteri Aurora yang telah menerima lamaran Putera Phillip dan bakal menjadi permaisuri.

Bagaimanapun mereka tidak menyedari bahawa ibu Philip, Permaisuri Ingrith merancang untuk mempergunakan perkahwinan mereka bagi memisahkan pari-pari dan manusia selama-lamanya.

Tiga bintang utama Maleficent Mistress of Evil.
Tiga bintang utama Maleficent Mistress of Evil.

Peperangan yang bakal berlaku itu meletakkan Maleficent dan Puteri Aurora pada pihak bertentangan, menimbulkan persoalan kepada mereka berdua mengenai ikatan keluarga mereka yang rumit.

Naskhah yang diarahkan oleh Joachim Ronning ini pada pandangan penulis lebih kemas daripada sudut kesan khas dan sinematografinya.

Artikel Berkaitan:

Bukan itu sahaja, kebanyakan kerja-kerja teknikal, baik daripada gerak kerja kamera, busana, pencahayaan, kesan bunyi dan prop, lebih menarik dan kemas berbanding filem pertama.

Begitu juga dengan lakonan para pelakon yang terlibat di dalam filem ini, walaupun ada di antaranya hanya muncul untuk beberapa babak, namun lakonan mereka cukup berkesan dan mantap.

Malah perseteruan antara Maleficent dan Permaisuri Ingrit juga dilihat cukup hebat dengan lakonan psiko yang mantap daripada Pfeiffer.

Antara babak dalam filem Disney’s Maleficent: Mistress of Evil.
Antara babak dalam filem Disney’s Maleficent: Mistress of Evil.

Antara lain yang menarik mengenai Disney’s Maleficent: Mistress of Evil adalah tema kasih sayang dan memperkasakan wanita yang cukup jelas.

Biarpun ada raja dan lelaki, namun filem ini lebih menonjolkan kuasa wanita dan mengangkat wanita sebagai subjek utama. Contohnya Puteri Aurora digambarkan sebagai seorang ketua negara yang cukup adil dan peka dengan rakyatnya.

Ditambah pula dengan konflik perhubungan ibu dan anak perempuan yang masih lagi wujud sehingga ke hari ini, filem ini pastinya akan membuatkan penonton terkesan dengan tema kasih sayang yang cuba ditonjolkan.

Walaupun ada beberapa babak agak perlahan, namun ia tidaklah merosakkan mood untuk menonton Disney’s Maleficent: Mistress of Evil secara keseluruhannya.

Poster tayangan di pawagam bermula 17 Oktober.
Poster tayangan di pawagam bermula 17 Oktober.

Sempena tayangan filem Disney’s Maleficent: Mistress of Evil yang bermula 17 Oktober lalu, Walt Disney Studios Malaysia dan Sinar Harian memberi anda peluang untuk memenangi hadiah istimewa filem ini. Jawab soalan mudah beserta slogan dan hantarkan jawapan anda sebelum 9 November 2019.

HADIAH PERTAMA x 5

Limited Edition Disney’s Maleficent: Mistress of Evil UmbrellaHADIAH KEDUA x 5

Limited Edition Disney’s Maleficent: Mistress of Evil Accessories PlateHADIAH KETIGA x 5

Limited Edition Disney’s Maleficent: Mistress of Evil Cap HADIAH KEEMPAT x 5

Limited Edition Disney’s Maleficent: Mistress of Evil Notebook

Maleficent: Mistress Of Evil

Bahasa: Inggeris

Pengarah: Joachim Ronning

Pelakon: Angelina Jolie, Elle Fanning, Michelle Pfeiffer, Chiwetel Ejiofor, Sam Riley, Harris Dickinson, Ed Skrein, Imelda Staunton, Juno Temple, Lesley Manville

Genre: Pengembaraan/ Kekeluargaan/Fantasi

Durasi: 1 Jam 59 Minit

Klasifikasi: P13

Tarikh Tayangan: 17 Oktober 2019

Salah satu babak dalam filem Disney’s Maleficent: Mistress of Evil yang sudah pun memulakan tayangannya sejak 17 Oktober lalu di seluruh Malaysia.
Salah satu babak dalam filem Disney’s Maleficent: Mistress of Evil yang sudah pun memulakan tayangannya sejak 17 Oktober lalu di seluruh Malaysia.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!