Lelaki menyamar jutawan dicekup
BANGKOK - Lelaki yang menyamar sebagai jutawan dan menipu seorang wanita di Thailand akhirnya diberkas pihak berkuasa negara itu semalam.
Thananat Siripiyaporn, 49. ditahan di Lapangan Terbang Don Mueang sebaik tiba dari Hong Kong.
Kisah lelaki itu tular di media sosial selepas dia melarikan diri bersama cek berjumlah 1.6 juta Bhat (RM220,00) pada hari perkahwinannya.
Bukan itu sahaja, Thananat turut membiarkan isterinya, Da menanggung malu apabila tidak melangsaikan bil majlis perkahwinan mereka berjumlah 3.5 juta Bhat (RM480,000) yang diadakan di sebuah hotel mewah di Buri Ram.
Media tempatan sebelum ini melaporkan, Thananat menjalankan perniagaan pesawat sewa khas antara Thailand dan Hong Kong.
Timbalan Komander Imigresen, Cherngron Rimphadee berkata, Thananat ditahan selepas Mahkamah Perbandaran Bangkok Utara mengeluarkan waran tangkap ke atas lelaki itu yang meninggalkan Thailand pada 6 Oktober lalu.
‘Jutawan’ itu kini ditahan polis Don Mueang untuk membantu siasatan. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!