Rakyat disaran buat solat hajat
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, sebelum ini kerajaan negeri turut menggerakkan usaha dengan mengadakan solat hajat di beberapa kawasan.
Menurutnya, arahan itu dibuat sebelum malam Tahun Baharu 2019, supaya masjid mengadakan solat hajat di kawasan masing-masing.
“Saya harap penduduk dapat mengehadkan aktiviti di pantai dan memastikan keselamatan diri dan keluarga.
“Ini antara usaha yang kita boleh buat, sebab ribut merupakan tanda kekuasaan ALLAH dan kita berharap ia tidak akan mengundang bencana,” katanya selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim, semalam.
Sementara itu, mengenai isu larangan merokok di kedai makan, Mohd Amar berkata, pihaknya tidak menerima sebarang bantahan daripada peniaga mahupun pelanggan di sini.
Malah katanya, pimpinan exco kerajaan negeri juga tidak mempunyai sebarang masalah berhubung penguatkuasaan tersebut.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!