Gangguan siaran TV Digital myFreeview bakal selesai: Gobind

Gobind (tengah) merasmikan Pertandingan Smart School IOT Hackathon Peringkat Negeri Selangor di Cyberjaya di sini hari ini.
Gobind (tengah) merasmikan Pertandingan Smart School IOT Hackathon Peringkat Negeri Selangor di Cyberjaya di sini hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Penyelesaian berhubung isu gangguan perkhidmatan siaran TV Digital myFreeview dijangka dapat diselesaikan tidak lama lagi.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, gangguan itu berlaku kerana tempoh peralihan dari siaran televisyen (tv) analog ke tv digital dan beliau dimaklumkan proses itu akan siap dan tamat siaran analog pada 31 Oktober ini.

"Seperti dengan semua proses peralihan memang sudah tentu akan menghadapi masalah, cukup penting adalah kita pastikan bahawa kita selesaikan masalah itu dalam masa terdekat dengan cara efektif," katanya selepas merasmikan Pertandingan Smart School IOT Hackathon Peringkat Negeri Selangor di Cyberjaya di sini hari ini.

Sebelum ini, pengguna meluahkan kekecewaan mereka melalui Facebook myFreeview kerana masalah siaran yang didakwa sangat teruk.

Gobind (tengah) bersama penganjur dan peserta Pertandingan Smart School IOT Hackathon Peringkat Negeri Selangor di Cyberjaya di sini hari ini.
Gobind (tengah) bersama penganjur dan peserta Pertandingan Smart School IOT Hackathon Peringkat Negeri Selangor di Cyberjaya di sini hari ini.

Tinjauan Sinar Harian di Facebook myFreeview pula mendapati sebanyak 1,600 komen daripada netizen hampir setiap hari sejak 2 Oktober lalu dan terkini kira kira 24 jam lalu.

Ahli Parlimen Puchong itu juga menyarankan orang ramai membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung masalah berkaitan.

"Kita ada hotline yang boleh dihubungi bagi menyelesaikan masalah ini dan saya dimaklumkan proses peralihan (tv analog ke tv digital) ini bergerak dengan lancar.

Artikel Berkaitan:

"Memang betul kita ada terima aduan tetapi kebanyakannya dapat diselesaikan," katanya.

Beliau turut memaklumkan peralihan itu juga bakal membuka peluang lebih besar kepada penggiat industri kreatif mengeluarkan pelbagai kandungan untuk rakyat Malaysia.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!