Risiko virus Zika: Waspada jika demam

Dr Lee Boon Chye
Dr Lee Boon Chye
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tahap waspada terhadap gejala demam perlu ditingkatkan melalui pemeriksaan lanjutan kerana dikhuatiri berisiko dijangkiti virus Zika.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, mereka yang dijangkiti virus Zika cenderung mengalami simptom seperti jangkitan denggi namun hanya dapat dikenal pasti setelah melalui pemeriksaan.

"Perlu berwaspada kerana kita pun mempunyai rekod jangkitan denggi lebih 100,000 tahun ini.

"Jadi mereka yang demam lebih dua hari, ada sakit-sakit badan dan sebagainya patut mendapatkan rawatan dan pemeriksaan yang sesuai," katanya ketika ditemui pada Hari Pejuang Kanser anjuran National Cancer Society Malaysia (NCSM) di sini hari ini.

Boon Chye (tiga dari kanan) menghadiri Hari Pejuang Kanser anjuran National Cancer Society Malaysia (NCSM) hari ini.
Boon Chye (tiga dari kanan) menghadiri Hari Pejuang Kanser anjuran National Cancer Society Malaysia (NCSM) hari ini.

Boon Chye berkata, kementerian komited dalam melaksanakan kaedah kawalan wabak seperti mana kawalan terhadap wabak denggi sedia ada.

Menurutnya, masyarakat juga perlu lebih peka dalam menjaga persekitaran memastikan nyamuk aedes tidak membiak.

"Kita buat pembersihan kawasan bagi tempat pembiakan aedes dan juga memberi kesedaran kepada orang awam," katanya.

Artikel Berkaitan:

Semalam, negara dikejutkan dengan kematian Allahyarham Leftenan Muda (M) Mohamad Ikmal Ibrahim, 30, yang merupakan korban pertama akibat virus Zika di negara ini tahun ini.

Allahyarham yang bertugas di KM Nusa Maritim Terengganu dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 4.45 pagi selepas dimasukkan ke wad Hospital Manjung, Perak pada 12 Oktober lalu.

Kes jangkitan virus Zika itu merupakan kes kesembilan dilaporkan di negara ini sejak empat tahun lalu yang mana lapan kes berlaku pada 2016.

ARTIKEL BERKAITAN: Korban Zika: Jenazah pegawai Maritim diterbangkan ke Kuantan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!