Banyak peluang pekerjaan dalam sektor pengangkutan: Anthony Loke

Anthony Loke Siew Fook pada sidang media hari ini.
Anthony Loke Siew Fook pada sidang media hari ini.
A
A
A

SEREMBAN – Pendedahan pekerjaan dalam sektor pengangkutan sangat rendah malah masyarakat tidak menjadikan sektor ini sebagai pilihan utama.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, sektor pengangkutan sebenarnya sangat besar malah boleh dikembangkan sesuai dengan pertumbuhan pesat dalam sektor tersebut.

Menurutnya, negara masih memerlukan lebih ramai tenaga kerja dalam bidang pengangkutan.

"Sebagai contoh semakin ramai yang menggunakan perkhidmatan penerbangan dan sektor ini pesat membangun. Jadi kita memerlukan lebih ramai juruterbang, pramugari, pramugara, juruteknik, jurutera dan yang berkaitan dalam sektor ini.

"Ahli Parlimen Seremban itu itu berkata, peluang pekerjaan di laut juga banyak kerana barangan yang di import dan eksport menggunakan kapal," katanya selepas merasmikan Karnival Kerjaya dan Pendidikan anjuran Kementerian Pengangkutan Malaysia dengan kerjasama Jobs Malaysia Negeri Sembilan di Palm Mall Seremban dekat sini hari ini.

Sebanyak 4,000 peluang pekerjaan disediakan sepanjang Karnival Kerjaya dan Pendidikan 2019 anjuran Kementerian Pengangkutan Malaysia di Palm Mall Seremban.

Karnival yang berlangsung sehingga esok melibatkan sekurang-kurangnya 40 majikan terutama dalam sektor pengangkutan seperti Prasarana Malaysia Berhad, AirAsia, Malindo Air, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Puspakom dan Touch N Go.

Antara jawatan yang ditawarkan ialah eksekutif, jawatan dalam bidang jualan, jurutera,, kru penerbangan dengan gaji kompetitif mengikut pasaran semasa sehingga RM15,000.

Artikel Berkaitan:

“Kerajaan berharap pekerja tempatan sentiasa diberi keutamaan mengisi kekosongan jawatan manakala majikan pula disaran memberi gaji yang kompetitif sejajar dengan produktiviti,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!